Monday 29 August 2016

PANTULAN

1.   Pantulan ialah suatu penjelmaan yang menterbalikkan semua titik di suatu satah pada suatu garis yang dikenali sebagai paksi pantulan.




Dalam rajah, Q’ ialah imej bagi objek Q di bawah pantulan pada garis putus-putus MN.
2.   Sifat-sifat pantulan:
·   Setiap titik dan imejnya yang sepadan berada pada jarak yang sama dari paksi pantulan.
·   Paksi pantulan ialah garis pembahagi dua sama serenjang yang menyambungkan suatu titik dengan imejnya.
·   Titik-titik pada paksi pantulan tidak mengalami sebarang perubahan kedudukan.
·   Bentuk dan saiz suatu objek tidak berubah selepas pantulan.
·   Orientasi imej bagi objek adalah terbalik.
·   Objek dan imejnya berada pada sebelah yang bertentangan dengan paksi pantulan.
Contoh Soalan
Lukiskan imej bagi segi tiga di atas di bawah pantulan pada paksi-x dan paksi-y.
Penyelesaian
Praktis
1.   Apakah imej bagi titik (3,5) di bawah satu pantulan pada garis lurus x=2?
2.   Di bawah satu pantulan pada garis lurus y=1, titik (h,2) ialah imej bagi titik (2,k). Apakah nilai h dan k ?


Wednesday 24 August 2016

TRANSLASI

TRANSLASI
     Seperti yang dikatakan sebelum ini, translasi ialah suatu  jenis penjelmaan yang memindahkan semua titik pada suatu  satah mengikut suatu garis pada satah itu. Di bawah suatu  translasi, semua titik pada satah digerakkan pada arah yang  sama dan dengan jarak yan sama.
Segitiga P’Q’R’ ialah imeg bagi segitiga PQR di bawah  satu translasi dan setiap titik P, Q dan R digerakkan pada  arah yang sama dan dengan jarak yang sama. Bentuk, saiz dan  orientasi bentuk objek tidak berubah selepas translasi.
Translasi boleh dihuraikan dengan menyatakan arah dan  jarak objek itu digerakkan ataupun dengan menggunakan  bentuk , dimana k dan m masing-masing ialah jarak objek  itu digerakkan selari dengan paksi-x dan paksi-y
Jika satu titik P(x,y) bergerak di bawah translasi ,  maka imeg bagi titik P(x,y) ialah P’(x+k,y+m), iaitu  translasi  menambahkan koordinat-x bagi titik P sebanyak  k unit dan koordinat-y sebanyak m unit.

 Berikut adalah contoh soalan dan cara penyelesaiannya.


 CONTOH SOALAN :
 Tulis koordinat-koordinat imej bagi titik P(-3,7) di bawah  translasi .
 PENELESAIAN:
 Koordinat-x bagi titik imej P’=-3+5=2
 Koordinat-y bagi titik imej P’=7+(-2)=5
 koordinat bagi titik imej P’(2,5)


 PRAKTIS
1.  Huraikan translasi yang digunakan untuk memindah titik P ke  titik P’ dalam setiap gambar rajah di bawah dalam bentuk  ayat dan bentuk   



(a)




(b)
2. Tulis koordinat-koordinat imej bagi setiap titik yang berikut  di bawah translasi (-2 5).

1(a) T(4,2)  (b) U(1,-3)   (c) V(-3,3)  (d) W(2,-7)



Sunday 21 August 2016

PENJELMAAN (TRANSFORMATIONS)

APA ITU PENJELMAAN ??

          Apakah penjelmaan? Penjelmaan dalam Bahasa Inggeris adalah “Transformations”. Penjelmaan merupakan suatu pergerakkan titik atau bentuk dari tempat asal ke suatu tempat yang baru.
          Dalam rajah di atas, segitiga PQR dijelmakan kepada segitiga P’Q’R’ melalui jarak 5 unit ke kanan secara mengufuk.
 Dalam bab ini,  kita akan mempelajari tentang:
         (i)  Translasi (Translation) – Suatu jenis penjelmaan yang memindahkan semua titik pada suatu satah mengikut suatu garis pada satah terseut.
               (ii) Pantulan (Reflection) – Suatu penjelmaan yang menterbalikkan semua titik dI suatu satah pada suatu garis yang dikenalikan sebagai paksi pantulan
             (iii)  Putaran (Rotation) – Suatu penjelmaan yang memusingkan semua titik di suatu satah pada suatu titik melalui suatu sudut dan pada arah tertentu. Titik tersebut dikenali sebagai pusat putaran dan sudutnya sebagai sudut putaran.
                (iv)  Isometri (Isometry) – Suatu penjelmaan yang tidak mengubah ukuran panjang. Gabungan dua atau lebih penjelmaan antara translasi, pantulan dan putaran adalah juga suatu isometri.
Sampailah sini pengenalan bagi pengenalan untuk penjelmaan. Konteks yang seterusnya akan menjelaskan tentang penjelmaan translasi.
Sekian, selamat malam~