Wednesday 7 September 2016

PUTARA

    1. Putara ialah suatu penjelmaan yang memusingkan semua titik di suatu satah pada suatu titik melalui suatu sudut dan pada arah yang telah ditentukan. Titik tersebut dekenali sebagai pusat         putaran dan sudutnya sebagai sudut putaran. 

    2.       

  Melalui rajah di atas, titik P dipusingkan ke titik P’ mengikut lengkok bulatan pada titik O, melalui   90° pada arah lawan jam. Oleh itu, penjelmaan itu ialah satu putaran.
    3.    Sifat-sifat putaran:
·  Setiap titik diputarkan melalui sudut yang sama, iaitu setiap garis yang menyambungkan titik itu dengan pusat putaran diputarkan melalui sudut yang sama.
· Jarak titik dan imejnya dari pusat putaran adalah sama.
· Garis pembahagi dua sama serenjang bagi garis yang menyambungkan suatu titik dan imejnya sentiasa melalui pusat putaran.
·  Bentuk, saiz dan orientasi suatu objek adalah tidak berubah selepas putaran.


Contoh Soalan
Lukis imej bagi segi tiga PQR di bawah suatu putaran lawan arah jam melalui 90° pada asalan O. Kemudian, tulis koordinat-koordinat imej bagi titik P’, Q’ dan R’.
Penyelesaian


P’=(1,2) , Q’=(-4,3) dan R’=(-2,0)


 PRAKTIS
1. 

   
 Dalam rajah, segi tiga LMN dipindah ke segi tiga L’M’N’ di bawah satu putaran. Antara titik-titik A, B, C dan D, yang manakah merupakan pusat bagi putaran itu?

2.  
Tindakan imej bagi titik K jika titik itu diputarkan pada asalan.

(a)           Melalui 90° ikut arah jam
(b)           Melalui 90° ikut lawan jam
(c)           Melalui 180°
(d)           Melalui 270° lawan arah jam